Thursday, 11 April 2013

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)


                                           

Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Lepasan Sekolah

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Syarat-Syarat Pinjaman

· Warganegara Malaysia
· Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
· Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
· Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
· Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
· Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
· Mengemukakan dua (2) orang penjamin.

Kadar Pinjaman
· Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-

i. Yuran pengajian.
ii. Elaun Sara Hidup sebanyak RM 300 sebulan semasa tempoh latihan dan "On Job Training".
iii. Bayaran premium untuk perlindungan insurans. 

· Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

Syarat-Syarat Penjamin

· Warganegara Malaysia
· 2 Orang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun    keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
· Jika penjamin pertama merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
· Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
· Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran

· Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
· Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.

Bayaran Balik Pinjaman

· Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
· Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
· Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete