Thursday, 11 April 2013

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

FUNGSI PTPTN :

· Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman;
· Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
· Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :

· Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi PTPTN melalui Sistem Permohonan Pembiayaan PTPTN Online di http://www.ptptn.gov.my .

· Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).

· Pemohon perlu membeli No PTPTN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-
1. Kaunter
2. Mesin Teller Automatik ( ATM )
3. Mesin Deposit Tunai ( CDM )

No PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
· Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
· Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.
· Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan "Bajet Mini" di Butiran Nama Program/Kursus
· Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Portal Rasmi PTPTN melalui Sistem Permohonan Pembiayaan Online PTPTN bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
· Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Portal Rasmi PTPTN melalui Sistem Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.
· Pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader' untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon ‘Get ADOBE READER' dan ‘Install' di komputer anda.
· Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

1. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2 dan 3). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.

2. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.

3. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;

4. Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN )

Nota**
Setiap set dokumen yang dilengkapkan adalah untuk tujuan simpanan dan rujukan Penerima Biaya dan PTPTN.

Salinan dokumen sokongan seperti berikut hendaklah disediakan oleh pelajar dengan menggunakan kertasBERSAIZ A4 berwarna putih dan TIDAK PERLU DISAHKAN.

Setiap salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis "Kegunaan PTPTN sahaja":

· Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT melalui Sistem Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online yang telah didaftarkan sebelum ini. 

· Salinan Kad Pengenalan Pemohon. (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama).

· Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). (Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/ SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan boleh diterima pakai).

· Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. (Surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja).

· Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun)/ Salinan Slip Deposit Bank/ Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN dan IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini sekiranya no akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah).

· Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana (Master). (Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/ layak dianugerahkan sijil).

· Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/ Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu)/ Salinan Kad Pesara/ Salinan Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBUBAPA/ PENJAGA/ PEMOHON/ PASANGAN PEMOHON.

· Salinan Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya pemohon/ ibu bapa kandung/ penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan.

· Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. (Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk).

Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke-2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) seperti berikut diperlukan:

· Salinan Surat Pengesahan masih belajar dari IPT. Pengesahan daripada Dekan/ Ketua Program/ Pegawai Hal Ehwal Pelajar; dan

· Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

Source:http://www.ptptn.gov.my


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete