Program ini adalah satu program yang meliputi pengajian yang luas di dalam bidang pengajian penjagaan kesihatan. Graduan dalam bidang ini boleh meneruskan kerjaya sebagai pembantu di pejabat Doktor, membantu menguruskan klinik dan hospital atau tugas tugas petadbiran. program ini bertujuan untuk mendidik dalam pengetahuan penjagaan kesihatan dan kemahiran kepimpinan agar dapat mencapai matlamat dan menyumbang ke arah keberkesanan sistem pengurusan perkhidmatan kesihatan.
4 bidang utama yang ditekankan adalah Pengurusan dan Pentadbiran, Perancangan dan Polisi Kesihatan, Sains Kelakuan/ Sains Bersekutu, Sains Asas dan Penempatan klinikal iaitu Persekitaran Hospital dan Komuniti.
Bidang Kerjaya Pegawai Penjagaan Kesihatan
- Memastikan organisasi penjagaan kesihatan berfungsi dengan lancar.
- Merancang dan melancarkan program kesihatan perubatan.
- Memastikan amalan perubatan mengikut standard yang dibenarkan.
- menjalankan pemeriksaan pada organisasi atau jabatan yang menguruskan kakitangan.
- Menguruskan kakitangan dan memberi latihan kepada jururawat baru.
- Menyediakan maklumat kepada pesakit dan orang awam.
- Memastikan penyenggaraan dan kebersihan makmal dan bilik pemeriksaan kesihatan
- Menguruskan pesakit serta memantau tahap kesihatan mereka.
- Menyediakan latihan dan cara penggunaan fasiliti perubatan kepada pekerja baru.
- Meberikan maklumat kepada media, doktor dan orang ramai.
Peluang Pekerjaan
- Hospital
- Klinik
- Jabatan Kesihatan Awam
- Organisasi Kesihatan Komuniti
- Rumah Jagaan
- Organisasi Insuran Kesihatan
- Institut Penyelidikan & Universiti
3 Tahun pengajian
Pembiayaan Pengajian
Pembiayaan Penuh oleh PTPTN
Syarat Kemasukan
3 Kredit dalam SPM termasuk Sains, Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris ( Kemahiran Berbahasa Inggeris adalah satu kelebihan )
Yuran Pendaftaran
Rm 100.00 sahaja untuk sepanjang tempoh pengajian
Untuk Maklumat lanjut mengenai program sila hubungi
Bahagian Rekod & Pengambilan Pelajar
Biro Pembangunan Pendidikan Remaja 1 Malaysia
012-3002755
No comments:
Post a Comment