Apakah MyBrain15?
• Program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah.
• Projek Agenda Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara.
• Matlamat: Mewujudkan kelompok sumber manusia
yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada
penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
• Sasaran: Mencapai seramai 60,000 pemegang PhD di
kalangan rakyat Malaysia menjelang 2023.
• Program yang ditawarkan: MyMaster, MyPhD dan PhD
Industri
Peringkat pengajian: Ijazah Sarjana (Master)
Bidang pengajian yang ditaja: Sains & Teknologi dan Sains Sosial/ Sastera Ikhtisas seperti yang disenaraikan dalam laman web MyBrain15.
Tempat pengajian: IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja.
Insentif yang diberikan: Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000
Tempoh : 6 hingga 24 bulan
Peringkat pengajian: Ijazah Kedoktoran (Phd)
Bidang pengajian yang ditaja: Sains & Teknologi dan Sains Sosial/ Sastera Ikhtisas seperti yang disenaraikan dalam laman web MyBrain15.
Tempat pengajian: IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja.
Insentif yang diberikan: Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000
Tempoh : 6 hingga 48 bulan.
Bagi calon yang layak, penambahan elaun sara hidup sebanyak RM2,300 sebulan.
Peringkat Pengajian: Ijazah Kedoktoran (PhD Industri)
Bidang penyelidikan yang diutamakan: Kejuruteraan, Sains dan Teknologi
Tempat pengajian: IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja.
Insentif yang diberikan: Yuran pengajian tidak melebihi RM50,000
Tempoh : Tidak melebihi 48 bulan.
Muat turun borang anda disini :
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/doc/BORANG/PengesahanMaklumat.pdf
Untuk maklumat lanjut sila klik disini :
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index2.php